Friday, 27 March 2015

KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA



KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Sumber daripada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia ada menjelaskan serba sedikit mengenai program keusahawanan yang dapat kita capai melalui murid-murid atau pelajar-pelajar. 

Program Keusahawanan dilaksanakan di kalangan pelajar IPT agar dapat diterapkan pendedahan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang merangkumi aspek kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari, mengambil risiko terkira (calculated risk) dan kebolehan untuk mengenal pasti dan membuka peluang (opportunity identification and creation).

Bagi memantapkan program ini, Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi telah dilancarkan pada 13 April 2010 yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik. Pelaksanaan inisiatif berpandukan dasar tersebut bertujuan melahirkan siswazah/lepasan IPT yang mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan; meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah/ lulusan IPT iaitu mereka yang benar-benar berkecimpung dalam bidang perniagaan sebagai pemangkin kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai, kemahiran, pemikiran dan atribut keusahawanan (entrepreneurial academics).

Pendidikan keusahawanan ini penting dan merupakan komponen penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Modal Insan Inovasi. Di samping itu, program kritikal agenda (Critical Agenda Program, CAP) Keusahawanan adalah signifikan dalam membantu untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah/lulusan IPT.

KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN



KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN

Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Secara umumnya dapat saya jelaskan bahawa peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini  disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. 

Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti inovasi juga menjadi pendorong para pemodal atau pelabur untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses inovasi mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan melalui proses kreativiti dan inovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.

Secara spesifiknya, kepentingan keusahawanan adalah seperti berikut :


  • §  MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA

Sumber ekonomi dan pendapatan Negara banyak dibantu oleh usahawan kerana merekalah yang akan menggerakkan pembangunan ekonomi dalam Negara melalui perniagaan yang mereka jalankan. Bidang keusahawanan adalah sangat lebar dan meluas. Ianya tidaklah terhad di dalam negara sahaja. Namun ianya boleh dijalankan dan dikembangkan kepada peringkat antarabangsa dan di mana sahaja. 

Apabila aktiviti perniagaan tersebut telah dapat distabilkan, ianya mampu menarik minat ramai pelabur asing daripada pelbagai Negara untuk melabur dalam perniagaan yang usahawan tersebut jalankan. Hal yang demikian akan meningkatkan pengaliran pendapatan ke dalam negara kita melalui pelaburan asing dari luar negara. 


  • §  MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN

Usahawan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan di rumah atau di tempat kerja. Peluang pekerjaan wujud kerana setiap perniagaan yang ditubuhkan memerlukan tenaga manusia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengrangkan kadar pengangguran. 

Pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan akan meningkatkan pendapatan penduduk secara keseluruhan. Pendapatan yang diperoleh akan digunakan untuk membeli keperluan mereka. Taraf kehidupan masyarakat akan bertambah baik dan keselesaan masyarakat dapat ditingkatkan.


  • §  MENJADI SUMBER INSPIRASI ATAU ROLE MODEL

Kejayaan seseorang usahawan dalam bidang perniagaan yang diceburi akan menjadi sumber inspirasi untuk usahawan lain bagi menceburi dan memajukan perniagaan masing-masing. Sumbangan yang diberikan oleh usahawan kepada masyarakat akan membuka mata dan memberi semangat untuk mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Keusahawanan juga boleh dijadikan pekerjaan alternatif yang terbaik terutama kepada graduan universiti yang sukar mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Kejayaan sesorang dalam bidang keusahawanan akan menjadi contoh dan ikutan para graduan. Sifat dan ciri-ciri yang ada pada seseorang usahawan seperti kreatif, berani menanggung risiko dan berorientasikan masa hadapan mampu melahirkan usahawan baru yang baik. 


  • §  MEMBANGUNKAN INDUSTRI SOKONGAN

Organisasi yang besar lazimnya memerlukan khidmat industri sokongan bagi memastikan operasi dan aktiviti perniagaan berjalan dengan lancar. Kweujudan industri sokongan ini dapat mempercepat pertumbuhan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera melalui penglibatan golongan bumiputera dalam bidang perniagaan.


  • §  MENYUMBANG SEBAHAGIAN PENDAPATAN KEPADA MASYARAKAT

Usahawan boleh menjalankan atau melaksanakan tanggungjawab sosial seperti menghulurkan derma kebajikan, menjalankan aktiviti sosial dan membina prasarana. Semua aktiviti tersebut dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Selain itu, usahawan juga digalakkan untuk menyokong dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamatkan penyusunan semula masyarakat dan pembasmian kemiskinan.

KENALI POCARI SWEAT




POCARI SWEAT

PT. Amerta Indah Otsuka merupakan anak perniagaan Otsuka Pharmaceutical Co., Ltd., iaitu sebuah perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan dalam bidang farmasi yang sudah terkenal di Jepun. Semasa PT. Amerta Indah Otsuka beroperasi dalam bidang perniagaan minuman isotonik, perniagaannya  dahulu belum sebesar dan berkembang dibandingkan saudaranya PT Otsuka Indonesia. PT. Amerta Indah Otsuka merupakan sebuah syarikat yang memasarkan produk minuman Pocari Sweat di Indonesia.


Pocari Sweat merupakan minuman isotonik yang pada awalnya dihasilkan di Jepun. Pengilangnya ialah PT Otsuka Pharmaceutical, suatu syarikat farmasi yang tidak membuat produk sesuai keinginan pasaran, akan tetapi syarikat ini membuat produk berdasarkan penyelidikan atau bukti-bukti ilmiah,  kemudian memperkenalkannya ke pasaran. Hal inilah yang menyebabkan produk-produknya, termasuk Pocari Sweat, memerlukan usaha tambahan dalam pemasarannya. Pocari Sweat merupakan produk nutrasetikal. Produk nutrasetikal ditakrifkan sebagai sejumlah bahan untuk makanan atau sebahagian daripada makanan yang memberi keuntungan perubatan, termasuk di dalamnya dapat mencegah penyakit atau menangani penyakit. Keunggulan minuman isotonik terletak pada kemampuan dalam menggantikan cecair tubuh badan secara berkesan, sehingga secara tidak langsung produk minuman ini membantu proses pemulihan badan dari keadaan sakit. Jika melihat fungsi minuman isotonik dan gaya hidup masyarakat yang semakin kisah dengan kesihatan di tengah kesibukan aktiviti mereka, maka prospek Pocari Sweat sangat baik untuk dibangunkan. Oleh kerana itu, PT Otsuka Pharmaceutikal terus mengembangkan usahanya hingga ke pelbagai negara, termasuk Indonesia.

Perjuangan untuk memasarkan Pocari Sweat dari tahun 1990 hingga kejayaannya kini bukanlah usaha yang mudah. Jualan Pocari Sweat mengalami kerugian sejak pertama kali dipasarkan di Indonesia, sedangkan potensi pasaran di Indonesia sangat besar.


Namun, inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh pengeluar sesuatu produk jika pengeluar tersebut memasarkan produk yang relatif baru dan belum dikenal masyarakat secara meluas. Pada awal penetrasi, persepsi masyarakat di Indonesia terhadap Pocari Sweat masih kabur. Pocari Sweat sejajar dengan minuman ringan lain serta air mineral, seperti Coca-Cola, Sprite, Fanta, Aqua, dan Vit. Sedangkan Pocari Sweat merupakan minuman isotonik, iaitu minuman pengganti ion tubuh untuk kesihatan dan kecergasan. Pendedahan mengenai pentingnya hidup sihat terus dilakukan oleh PT Amerta Indah Otsuka sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran agar Pocari Sweat semakin dikenali dan diterima masyarakat. PT Amerta Indah Otsuka terus melakukan kajian pasaran. Pelbagai aktiviti komunikasi pemasaran digunakan, daripada iklan di TV, media cetak, sponshorship, sehingga pelbagai kegiatan below the line dengan menghabiskan kos berbilion-bilion ringgit. Pendidikan melalui jalur perubatan juga telah ditempuh dengan bantuan para doktor yang memberi penjelasan kepada masyarakat. Usaha yang tidak mengenal lelah itu akhirnya membuahkan hasil. Mereka mulai mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda dari modal malahan mengatasi kegagalan besar yang pernah mereka alami.

PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN



BUDAYA KEUSAHAWANAN

Budaya keusahawana merupakan suatu amalan yang menjadi kebiasaan kepada sesebuah masyarakat atau organisasi. Ianya dikongsi bersama-sama sehingga menjadi tradisi kepada sesebuah komuniti perniagaan, budaya masyarakat dan sesebuah negara.

ARTIKEL 1 : PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini. Kerajaan bermatlamat menjadikan bidang keusahawanan terutamanya sektor industri kecil dan sederhana sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan baru, dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi negara pada abad ke-2l. Pelbagai usaha dijalankan bagi mencapai matlamat tersebut. Antaranya ialah usaha-usaha khusus yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pertanian, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan.

Usaha membudayakan keusahawanan dalam kalangan rakyat di negara ini dilakukan oleh Kementerian Pendidikan di peringkat sekolah. Budaya keusahawanan mula disemai seawal sekolah rendah dengan memperkenalkan unsur-unsur keusahawanan dalam mata pelajaran matematik. Pembudayaan keusahawanan terus diterapkan di sekolah menengah rendah melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bermula tahun 1991. Usaha membudayakan keusahawanan diteruskan di peringkat sekolah menengah atas apabila pe1ajar diberi peluang memilih untuk mengikuti pendidikan perdagangan dan keusahawanan me1alui mata pelajaran elektif vokasional dan teknologi (Kumpulan II).

Terdapat kajian dan penyelidikan pebudayaan keusahawanan yang dijalankan terhadap pelajar sekolah. Tumpuan pendidikan keusahawanan je1as kelihatan pada komponen teras Perdagangan dan Keusahawanan yang diperuntukkan sebanyak 25% daripada waktu pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
Komponen perdagangan dan keusahawanan ini diperkenalkan dengan objektif untuk membolehkan pelajar :


  • Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih dan menyedari potensi ke arah menjadi usahawan,

  • me1uaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar sejajar dengan nilai dan etika pemiagaan

  • memupuk sifat kreatif,inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.

Komponen perdagangan dan keusahawanan Kemahiran Hidup Bersepadu membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan dan simpan kira, pengurusan pemiagaan, etika dalam perniagaan dan penge1uaran. Pelajar juga dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang konsumerisme. Tujuannya adalah untuk memupuk sikap berdikari, yakin diri, semangat ingin tahu, ingin mencuba dan tidak berputus asa, meningkatkan inisiatif, daya mereka cipta serta berkeupayaan mengenal pasti pe1uang pemiagaan, menggunakan peluang pemiagaan dengan bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab.


ARTIKEL 2 : ISLAM DAN BUDAYA KEUSAHAWANAN


Budaya keusahawanan sebagaimana yang disebutkan, pada hakikatnya amat sebati dengan keperibadian Nabi s.a.w. Sebelum baginda diangkat menjadi Rasul lagi, baginda merupakan seorang usahawan yang berjaya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah diamanahkan sebagai ‘Ketua Pengarah Eksekutif (CEO)’ yang bertanggungjawab mengurus dan memperdagangkan harta yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah. Budaya keusahawanan yang dimiliki baginda ditambah dengan akhlak terpuji yang dizahirkan dalam mengurus perniagaan lantas berjaya menambat hati Khadijah hingga dilamar menjadi suami.

Usaha pemantapan ekonomi tidak hanya sekadar memberi penumpuan kepada aspek fizikal iaitu membina pasar semata-mata, malah yang lebih ditekankan Nabi s.a.w ialah mencanai budaya keusahawanan yang luhur dan jernih berpandukan akhlak dan nilai-nilai yang diwahyukan Ilahi. Baginda sendiri turun dan mentarbiyah usahawan-usahawan baru di kalangan masyarakat Arab yang sebelumnya tidak pernah terdedah kepada bidang perniagaan dan perdagangan. Malah kebergantungan mereka kepada kaum minority Yahudi sebelum ini telah memaksa mereka hidup dalam suasana penganiayaan dan persekitaran yang terhimpit dan tertekan.

Aspek ekonomi yang menjadi faktor penting menjana kekuatan tamadun Islam dan penyebaran agama Allah s.w.t dengan sendirinya menjadi wajib bagi menyempurnakan tanggungjawab dakwah yang difardukan Allah s.w.t.