KEUSAHAWANAN
DI MALAYSIA
Sumber
daripada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia ada menjelaskan serba
sedikit mengenai program keusahawanan yang dapat kita capai melalui murid-murid
atau pelajar-pelajar.
Program
Keusahawanan dilaksanakan di kalangan pelajar IPT agar dapat diterapkan
pendedahan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang merangkumi aspek
kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari,
mengambil risiko terkira (calculated risk) dan kebolehan untuk mengenal pasti
dan membuka peluang (opportunity identification and creation).
Bagi
memantapkan program ini, Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian
Tinggi telah dilancarkan pada 13 April 2010 yang bertujuan untuk menggalakkan
pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik.
Pelaksanaan inisiatif berpandukan dasar tersebut bertujuan melahirkan
siswazah/lepasan IPT yang mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan;
meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah/ lulusan IPT iaitu
mereka yang benar-benar berkecimpung dalam bidang perniagaan sebagai pemangkin
kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan
sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama
melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai, kemahiran, pemikiran dan atribut
keusahawanan (entrepreneurial academics).
Pendidikan
keusahawanan ini penting dan merupakan komponen penting dalam menjana
masyarakat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seperti yang dihasratkan di
bawah Pelan Pembangunan Modal Insan Inovasi. Di samping itu, program kritikal
agenda (Critical Agenda Program, CAP) Keusahawanan adalah signifikan dalam
membantu untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah/lulusan IPT.
No comments:
Post a Comment