PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
Keusahawanan
di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan
berurusniaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu,
mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah
dan Perintah”. Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan
disektor pertanian, kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga, manakala kaum
India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dalam
soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.
Selepas
kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya keusahawan kepada
individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada
keamanan negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah mengfokuskan kepada
keusahawanan sehinggalah sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar
Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan
memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.
Kerajaan
memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada
keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun
1995, kerajaan menubuhkan Kementerian
Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan
keusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada
Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.
No comments:
Post a Comment