Sunday, 5 April 2015

USAHAWAN VS USAHAWAN KORPORAT



USAHAWAN VS USAHAWAN KORPORAT

USAHAWAN KORPORAT

Usahawan dalaman atau korporat ialah individu yang memiliki ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dan lazimnya yang bekerja dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Mereka bersedia memikul tanggungjawab yang lebih bagi mencipta inovasi baru dalam syarikat. Usahawan korporat juga merupakan seorang pencipta atau pereka cipta, tetapi yang lebih utama mereka merupakan kumpulan pekerja yang mencari jalan untuk menukar sesuatu idea menjadi satu realiti yang jika diurus dengan baik akan menguntungkan syarikat.

KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN
o   Kedua-dua pihak mempunyai kemahiran yang sama.
o   Namun, usahawan lebih bebas dalam mengeksploitasikan kemahiran berbanding dengan usahawan korporat yang terikat dengan polisi dan prosedur syarikat.
PERSEKITARAN
o   Usahawan berhadapan dengan persekitaran mikro dan makro seperti pekerja kerajaan. pesaing, dan lain-lain.
o   Usahawan korporat pula menghadapi persekitaran yang sama dengan usahawan cuma ditambah dengan persekitaran korporat. Usahawan korporat akan terpaksa menghadapi dan mengadaptasikan budaya syarikat di mana mereka berada.
SUMBER
o   Usahawan boleh mendapatkan segala sumber daripada pihak yang pelbagai seperti institusi kewangan. pelabur, dan lain-lain.
o   Usahawan korporat hanya terikat kepada sumber-sumber yang disediakan oleh syarikat sahaja.
KEGAGALAN DAN KESILAPAN
o   Bagi usahawan, segala kesilapan akan ditanggung sendiri oleh syarikat. Kesilapan juga akan mudah diketahui umum terutama di kalangan pelabur dan lain-lain.
o   Usahawan korporat pula boleh berselindung di sebalik nama syarikat apabila melakukan kesilapan.
PEMBUATAN KEPUTUSAN
o   Bagi usahawan mereka boleh membuat keputusan tanpa bergantung kepada mana-mana pihak.
o   Usahawan korporat pula terikat dengan struktur hierarki syarikat dalam membuat keputusan. Segala keputusan akan dirujuk kepada pengurusan atasan terlebih dahulu.
RISIKO
o   Usahawan menerima risiko yang sederhana dan pada masa yang sama, mengutamakan reputasi syarikat.
o   Usahawan korporat menerima risiko yang sederhana dan meletakkan kerjaya dan tugas sebagai cagaran.
SIKAP TERHADAP STATUS
o   Usahawan menganggap simbol syarikat adalah paling bernilai dan amat bermakna.
o   Usahawan korporat mereka akan bermati-matian bekerja untuk syarikat tetapi bersedia mengorbankan status demi mencapai kejayaan yang diharapkan.
 

No comments:

Post a Comment